Ahad, 23 Mei 2010

PERMATA NEGARA....

Sabtu lepas Damia ngan Danish balik umah Mak Tok.... yelah boring jgk ddk umah... papa keja...
kebetulan atok nk amik Cik Y.. so kami tumpang atok skali...
Permata Negara... mak tok ada cite ngan kami yg permata negara kat tempat mak tok dh siap dan akan dibuka bila2 masa jek... skrg nie tgh touch up skit2... tnm pokoklah... buat landskap lah...
mak tok kat dh boleh amik borong kat pejabat felda tggroh 2...
wahhh bestnye... Mak tok plak beria2 nk masukkan Danish kat sini... tp nak ke Danish ddk ngan mak tok??? boleh ke mama pisah ngan Danish??? boleh ke Damia pisah ngan Danish??? itu semua kena ambil kira... bila tnya papa.. papa mmg x nak pisah2kan anak2.. biarlah ssh senang kami bersama....

serba sedikit info dr mak tok
*hanya 40 org permata shj
*berusia dr 1 thn - 4 thn shj
*bayaran masih belum diberitahu
*ada 5 org cikgu...  seorg pengasuh 
*masa dr pkl 8pg - 5 ptg





info yg mama goggle
PENGENALAN:-


Kajian menunjukkan yang perkembangan otak manusia berlaku paling cepat semasa awal tahun pertama hingga tahun ke lima dalam kehidupan mereka.
Atas dasar ini, keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA ialah, ia merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari konsep ‘learning is fun through play’ dari Pen Green Centre, Corby, England, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.
Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini walaupun konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar negara; dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak Malaysia.
PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti


Ini adalah bersesuaian untuk membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri,. bijak bergaul dan ini juga adalah penting untuk pembangunan modal insan yang cemerlang, sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam kancah gejala sosial apabila mereka dewasa.

KURIKULUM?:-


Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-


Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik berikut:-


- Kasih sayang dan belaian
- Interaksi dan komunikasi
- Pemikiran dan bacaan
- Memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
- Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
- Belajar melalui bermain
- Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan




Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti:-


- Pembinaan Hubungan Emosi, Kasih Sayang, Rasa Selamat dan Yakin Diri
* Melalui sentuhan dan belaian
* Melalui berkawan dan sosial
- Belajar Melalui Percubaan dan Penerokaan
- Membina minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logic

Sape2 yg nk tahu lebih lanjut tentang PERMATA NEGARA boleh tgk kat sini
http://www.permata.jpm.my
http://permata-negara.blogspot.com

MY FAMILY

Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Lilypie - Personal pictureLilypie

ANAK-ANAK KITA